Superman Logo Pointer

Penulis Skrip

My photo
Johor Bahru, Malaysia
Affy Azmi; 94-liners; UiTM Shah Alam; Hati tengah patah; Baru nak belajar menulis balik :)

Sunday, June 5, 2011

Dorm 3, Savannah Hill! (Part 1)

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Di sini saya ingin menyatakan bahawasanya saya... eh? Apa jadah pula nih? Ouh haha salah-salah. Sebenarnya, aku terpaksa dan dipaksa membuat entry ini, entry berkaitan Kem Ibnu Sina, Savannah Hill 2011! Oleh siapa? Oleh anak Uncle Sam laa. Siapa tuh? Alaa, yang comel-comel, kecil-kecil cili padi tuu, Yasmin Ab Saman uhuk uhuk.


Dah, kita terus ke intipati dan intisari rancangan kali ini *Huh? --'


Hari pertama:

  • Okay, aku dah siap packing barang, sepatutnya gathered kat sekolah pukul 12:30 PM, tapi pukul 12:30 PM tu laa aku baru gerak dari rumah. Habislahh, aku dah terlambat! Waktu dah dekat dengan sekolah, semua text aku bagitahu diaorang dah naik bas, kalau lambat aku kena tinggal *Kunun nak menakutkan aku. Tak jadii ;p Terkocoh-kocoh aku naik bas tuh. Whoa, bas ada air-cond, ini baru gempak! Haha. Aku ingat akulah orang yang paling lambat, rupanya... anak Uncle Sam lagi lambat dari aku. Kiranya aku second last-lah yang lambat naik bas. Anak Uncle Sam kalah! Hee ;)
  • Semua dah cukup 25 orang, bas pun bertolak dari SMK Skudai, Johor Bahru menuju ke Savannah Hill, Ulu Tiram. Actually aku tak tahu mana letak duduk Savannah Hill tu, so kira garu-garu kepala juga tunggu masa nak sampai sana. Jalan dia masuk pedalaman tahu? Entah kat kampung mana kitaorang lalu. Corner sana, belok sini, masuk situ, berhenti sana. Dalam 40-60 minit perjalanan, kitaorang pun sampailah ke tempat bernama Savannah Hill tuh. Fuhh, macam dekat Texas-lah *Entah siapa cakap. Aku lupa :)
  • Turun dari bas, masing-masing angkut beg, ada besar ada kecil, ada banyak ada sikit. Kitaorang terus gerak pergi ke dewan makan. Duduk situ, facilitator tuh dah membebel segala bagai, kitaorang terus gerak dorm. Dorm nombor berapa? Nombor 3! Untuk perempuanlah. Yang lelaki dapat banglo besar depan entrance tu. Jealous boleh? Haa buat apa nak jealous. Dorm kitaorang lagi best *sumpah. Semua berebut ambil katil, katil dia double decker. Last-last aku yang terlalu bersopan-santun ni dapat katil paling belakang, sekali dengan Cik Nor Fadzila Dahlan *Tsk tsk
  • Lepas tu kitaorang solat zuhur dan makan. Eh nak tahu tak? Cik Yasmin dan Cik Faten Nasoha lambat sampai dewan makan! Haha habis kena gelak dengan semua orang. Muka diaorang masing-masing merah tahan malu. Budak-budak SMK Skudai pun tumpang malu sekali lah kan adess haha ==' Itulah topik hangat kitaorang hari tu. Kasihan Cik Yasmin *Tsk tsk haha ;p Makanan dia boleh tahann. Habis licin aku belasah haha. Anak Uncle Sam tu duduk setentang dengan aku, belah kanan aku Cik Faten Nasoha, belah kiri pula Cik Nur Syazwani. Jadi, tiap-tiap kali waktu makan, suara-suara diaorang ni lah yang paling sumbang kat telinga aku *Haha kiddin' ;) 
  • First class kitaorang pun start. Chemistry time! Cikgu yang ajar kitaorang adalah Cikgu Zawiah dan Cikgu Noreha. Haha dapat cikgu sekolah sendiri babe. SMK Skudai satu dewan dengan budak-budak SSI, Mohd. Khalid dan Perling *Kalau tak silap --' Okay dah belajar, gosip, menguap segala, we took a break. Kelas ada dua sesi huwaa T_T So, habis first session tuh, kitaorang pun balik dorm. Dorm sebelah dewan jea boleh? Haha. Dan seperti biasa, macam tak tahu pula kanak-kanak riang SMK Skudai nih macam mana kan? Aku rasa dorm kitaorang laa yang paling kecoh dan tak hengat dunia. Astaghfirullahalazim. Boleh migrain aku haha. Mulut masing-masing macam bertih jagung melompat-lompat dalam machine tuh. Yang itu cerita ni, yang ini cerita tu. Tapi gempak kut? Ini baru nama camp babe ;)
  • Dah habis berebut bilik air untuk mandi, kitaorang pun dah solat asar, terus gerak untuk dinner. Sekali lagi aku berjaya habiskan satu pinggan penuh *Selalunya aku tak macam ni boleh? ==' Then, solat maghrib. Khusyuk dan tawaduk. Tempat ni nyaman jea waktu malam :) Tepat 8:00 PM, second session for chemistry class pun start. Dugaan dari godaan syaitan, menguap tak sudah. Kelas yang patutnya tamat pukul 10:00 PM pun cikgu habiskan setengah jam awal. Lepas ambil supper, balik dorm! Yeehaa! Balik supper tuh, ada orang muntah-muntah. Siapa? Sila rujuk gadis yang diwarnakan dengan warna pink dalam report ini hehe. Aku punya risau tengok dia macam tuh. Tak apa junior aku ada. Tahulah dia uruskan :) Semangat nih jumpa katil, tapi tapi tapi... tak boleh lelap pula. Entah kenapa --' Tambah lagi, Cik Siti Nurelida dengan Cik Puteri Natasha masing-masing tak reti stop buat gangguan tengah malam dalam dorm tuh. Rasa macam nak turun katil, sumbat mulut sorang-sorang *Haha imaginasi semata-mata xD Pheww semua sakan berpura-pura dah tidur, padahal pukul 1:00 - 2:00 AM baru betul-betul boleh lelap. End of our first day! ;)


*Kawan-kawan, saya nih pelupa, jadi kalau ada apa-apa 
yang saya tertinggal atau tersilap, sila bagitahu. Hee ;D
To be continued...

No comments:

Post a Comment