Superman Logo Pointer

Penulis Skrip

My photo
Johor Bahru, Malaysia
Affy Azmi; 94-liners; UiTM Shah Alam; Hati tengah patah; Baru nak belajar menulis balik :)

Saturday, June 4, 2011

Porno dan Dara.

Assalamualaikum! Okay-okay, sekian lama merajuk-kan diri dari blogger, aku buat keputusan untuk balik semula *Ceyh macamlah lama sangat haha ;p. Niat di hati nak update pasal Kem Ibnu Sina yang aku join kat Savannah Hill hari tu, tapi... dah ramai kut yang update pasal tuh? Jadi, niat tuh aku batalkan.


Aku cuma nak ulas sikit tentang isu semasa yang sedang hangat diperkatakan seluruh pelusuk negara kita, Malaysia sekarang nih. Dua isu yang aku maksudkan adalah tentang "Video porno versi Melayu" dan "Pengakuan berani mati budak umur 14 tahun". So, kauorang prefer yang mana? Kalau lelaki aku bet kauorang lagi tertarik pasal video si Gambit tu, kalau perempuan aku rasa kauorang lagi suka persoalkan tentang si Milano tu. Haha gurau jea babe. Chill ;) 




Video porno versi Melayu


Kauorang dah check out video yang sedang hangat dihentam ni kea belum? Kalau belum, silalah click link dekat bawah ni. Tapi awas! Aku beri amaran video ni berada dalam kategori 18SX. Mereka yang berada di bawah umur sila minta kebenaran dari ibu bapa atau penjaga anda *Haha >,< 





Okay jujur aku dah tengok video tersebut. Euww bukan sebab yang bukan-bukan tu okay! Tapi niat hati nak tengok seteruk mana video ni. Yelah, kalau dah sana sini duk kutuk, hentam Encik Gambit Saifullah kerana mengarah video ini, aku pun tak terkecuali nak ambil tahu tentangnya. Tapi tapii, aku tak nak ulas apa-apa berkenaan isi kandungan video si Prema Yin nih. Terlalu sensitif. Lagipun tujuan aku buat post ni bukan untuk turut sama-sama menghentam Gambit Saifullah, Prema Yin ataupun Shahz Jaszle *Lepas tengok Shahz dalam video ni, terus hilang minat pada dia =='. Mata kauorang pun dah tengok sendiri kan? So, masing-masing ada assumption masing-masing.




Pengakuan berani mati budak umur 14 tahun


Whoa! Ini lagi satu cerita kedai kopi yang betul-betul mencanak naik rating dia. Ish kalah rating filem Kongsi dhoee haha. Before that, check out this blog guys.



Okay, kalau kauorang baca paper Harian Metro hari ini (3 Jun 2011), kauorang akan jumpa satu artikel bertajuk "Bangga Hilang Dara". Dalam artikel tu ada sebut, budak ni (Ya, pemilik blog tersebut) telah membuat satu entry yang dengan bangganya mempersembahkan cerita mengenai beliau telah hilang dara. Wtf? --' Eh, umur dia berapa? 14 tahun? Ouhmyygucci! Tetapi, dia dah pun memadam entry tersebut dengan inference kerana dia sangat tertekan dengan feedback orang ramai kerana pengakuan berani mati dan mampus itu. Dan aku tak nak ulas berkenaan isu ini juga. It is not my right to judge others.

Aku cuma nak kongsi kekesalan aku dengan situasi dalam kedua-dua isu hangat di atas. Orang bergaduh, keluarkan kata-kata kesat, maki hamun dan keji-mengeji antara satu sama lain. Yang tambah pedas dan menyedihkan, ia melibatkan orang Melayu yang generally known as Muslim yaww. Pihak yang sedang teruk dihentam (Gambit dan Adinda Milano) pula, masing-masing berkeras dengan tindakan mereka yang pada mereka tidak salah. Pihak  yang menghentam pula terus-terusan menggunakan kekerasan dengan menyalahkan mereka. Bayangkan kalau semua kata bahawa mereka betul, entah sampai bila hal ini akan selesai?

Secara peribadi, aku cuma nak katakan bila orang dah kata kita salah dan minta kita buat permohonan maaf, tiada ruginya kita berbuat demikian bukan? Orang tegur kita bukan kerana nak jatuhkan kita, tetapi kerana mereka mahu menyedarkan kita tentang kesalahan yang kadang-kadang kita tak nampak. Dan itu bermaksud mereka sayangkan kita, setuju? Janganlah dibalas dengan hamburan yang mencarut. Aib yang dah tertunjuk tu pun dah tak dapat disembunyikan, ini makin ditambah lagi. 

Bagi pihak yang cuba menegur pula, seeloknya gunalah saluran yang betul dan tidak berkasar secara keterlaluan. Api kalau disimbah minyak, makin menyalalah ia. Bila kita dah menegur, tetapi mereka tidak mahu menerima, apa guna kita memaksa? Lambat atau cepat mereka akan sedar sendiri kesilapan mereka itu. Niat menegur memang baik, tapi bila dah tahap memaki hamun dan guna bahasa kesat, itu dah jauh menyimpang. Lu pikirlah sendiri abang-abang dan kakak-kakak sekalian.

Thats all for today. Sekian, terima kasih haha.

*Aku buat post ini bukan nak tunjuk pandai atau nak tumpang glamour mereka, tak pandang punn. Tetapi sekadar berkongsi apa yang muncul dalam fikiran aku saat isu ini sampai ke pengetahuan aku. Yea, aku budak umur 17 tahun yang masih mentah dan tidak tahu apa-apa. Tapi tak salah kan aku turut utarakan apa yang budak 17 tahun fikirkan tentang hal ini? ;)

AffyAzmi.

No comments:

Post a Comment