Superman Logo Pointer

Penulis Skrip

My photo
Johor Bahru, Malaysia
Affy Azmi; 94-liners; UiTM Shah Alam; Hati tengah patah; Baru nak belajar menulis balik :)

Monday, June 6, 2011

Dorm 3, Savannah Hill! (Part 2)

Ehem! Aku kemalasan nak sambung part 2. Tapi tapi tapi... ada orang yang masih tak puas hati. Kunun-kununnya berwawasan tinggi *Ceyh ;p Jadi, nak dijadikan cerita yang tidak berapa nak menjadi, hari pertama kami, anak-anak penghuni dorm 3, Kem Ibnu Sina, Savannah Hill 2011 sudah pun berakhir. Maka, dengan sadisnya, hari kedua kami pun bermula. Ya, tepat jam 4:30 AM. Bismillahirahmanirrahim.


Hari kedua:

  • Pukul 5:00 AM, Cik Nor Fadzila kejut aku bangun dari tidur yang tak berapa nak lena. Ceit, kacau betul. Ouhmyy, betapa mengantuk dan penat aku rasakan di setiap urat saraf aku. Ikutkan hati nak jea aku tutup mata balik. Impossible! So, kitaorang masing-masing pun memulakan sesi kecoh-mengecoh pada pagi itu. Sumpah dherr, dorm nih jea yang memekak tak tentu hala. Yang macam mak cik jual kuih panggil customer-nya lain, yang macam emak-emak kejut anak bangun suruh pergi sekolahnya lain, yang membisu sebab kemamaian yang melampaunya pun ada. Adeih, inilah lumrah bergelar geng SMK Skudai nih. Dalam pukul 6:00 AM, kitaorang yang boleh bersolat pun gerak pergi surau untuk tunaikan solat subuh. Then, balik dorm, sambung kepoh-mengepoh. Urat saraf aku makin tegang sebab asyik bergelak sakan, boleh?
  • Sebelum jarum jam cecah pukul 7:00 AM, kitaorang dah gerak keluar dari dorm. Kes Cik Yasmin dan Cik Faten Nasoha semalam menjadi pengajaran serta nilai murni yang amat berguna buat kami sekeluarga *Padahal takut kena macam tuh jugak haha >,< Makan, makan, minum, minum, gelak, gelak dan gelak, akhirnya selesai waktu breakfast. Lepas tu, kitaorang tukar shift, dapat belajar dalam banglo atau bahasa saintifiknya, 'bunga-low'. Kali ni kelas Physics. Nama cikgu dia err Eddy? Edy? Ady? Aedy? Ouh akhirnya ingat, Cikgu Eady hehe. Cikgu nih okaylah. Boleh kata sporting, eh? Haha whatever-lah. Pukul 10:00 AM kitaorang break kejap. Yelah, setelah penat mencurah segala ilmu untuk mejawab soalan Physics, kenalah stop kejap kann. Isi minyak balik. Baru naik balik power! Haha ;D
  • Pukul 10:30 AM, second session for Physics class start. Almaklumlah, bila belajar waktu jam mencanak menuju tengah hari, ditambah dengan faktor tidur yang tak seberapa malam semalam, masing-masing hanyut dibuai sangapan yang agak ketara. Tak habis-habis tengok jam sambil berkata dalam hati, "Bilalah nak pukul 1:00 PM nih?!". Tik tok tik tok, kringg! *Okay, sound effect semata-mata :) Yahoo! Kitaorang berjaya survive kelas Physics! Now, it is lunch time! Menu kat sini macam tahu-tahu jea yang aku tak suka makan ikan. Hari-hari diaorang hidang lauk ayam. Ouh, I likee hehe. Habis makan, kitaorang terus solat zuhur. Berdoa dapat teruskan baki kem nih dengan baik. Haruslah kan :) Lepas nih kelas Biology. Teringat Cikgu Faezah. Ouh mann =='
  • Tepat jam 2:00 PM. Kitaorang bertukar tempat semula ke dewan di sebelah bawah. Masuk-masuk jea kedinginan menerpa *Ingat nak buat karangan BM kea? --' Okay, sistem penghawa dingin dewan tuh dah pulih. Maknanya kitaorang terpaksa bertarung dengan kadar ke-me-ngantuk-an yang lebih dahsyat lepas nih. Tak apa, demi Biology, aku sanggup! Haha ;p So, cikgu Biology kitaorang adalah... err Cikgu... aku tak ingatlah. Anyone? --' Okay kelas nih pun boleh tahanlah. Sejuk yang tak terhingga dalam dewan tu. Kaki aku menderita lawan sejuk air-cond tuh. Entah berapa degree diaorang pasang. Tapi yang paling hujung tuh yang aku tak boleh lupa. Budak lelaki surely TAK AKAN PERNAH lupa. Yang terlibat pun mesti masih ingat pasal video ikan tuh kan? Haa? Apa? Kauorang cuma ingat pasal video sotong tuh jea?! Ish ish aku no comment. Haha sengal betul kauorang nih lah ;D So, pukul 4:30 PM, kelas Biology pun tamat secara rasmi. Apa lagi? Dorm!
  • Kitaorang pergi ngeteh dekat dewan makan. Buat alas perut sementara tunggu dinner pukul 8:00 PM nanti. Lepas tuh, solat asar. Dekat dorm, masing-masing memang tak boleh berhenti membebel. Watak utama Gossip Girls dalam dorm nih tak lain tak bukan Cik Faten Nasoha, Cik Siti Nurelida, Cik Zulaiha, Cik Afiqah J dan Cik Puteri Natasha. Kenapa? Entah, ini assumption peribadi aku. Diaorang adalah mereka-mereka yang amat tersangat lampau riuh. Membebelnya lain, menyanyi ala-ala Akademi Fantasianya lain. Whoaa! Happening habislah kauorang! ;)
  • Ingat nak topup tidur yang tak cukup tuh, tapi tak sempat. Semua siap mandi, kitaorang satu family gerak pergi dewan makan untuk dinner hari kedua. Asyik isi jea, keluarnya bila? Haha ==' Yang tak habis-habis sakat aku kat meja makan of course Cik Yasmin, Cik Afiqah J dan Cik Faten Nasoha *Dengki aku banyak makan agaknya haha ;p After that, kitaorang ramai-ramai pergi solat Maghrib dekat surau. Pukul 8:00 PM nanti kelas Biology sesi kedua mula. Tukar naik 'bunga-low' tuh balik. Glad kut? Tak adalah aku nak bertarung dengan air-cond tuh lagi haha.
  • Jam 8:00 PM, Biology class start. Kali nih dengan Cikgu Zaidah. Oops bukan Cikgu Zaidah Kassim kita okay. Entah cikgu sekolah mana, aku tak ingat. Boleh tahan cikgu nih? Aku paling tak boleh lupa ayat dia, "Tak ada idea maknanya tak ada otak." Cik Siti Nurelida, adakah anda membaca ayat tadi? *Haha ;p Eh, sebenarnya sebelum kelas Cikgu Zaidah nih start, kitaorang ada buat aktiviti sikit. Cikgu suruh kitaorang satu sekolah ramai-ramai tutup mata, lepas tuh pusing-pusing dekat kawasan kitaorang berdiri tuh. Then, buka mata, kitaorang kena teka siapa member kitaorang yang hilang. Nama Cik Nurul Athirah naik, nama aku pun kena sebut, last-last Cik Nur Anna rupanya yang hilang! Diaorang kata kitaorang ambil masa 5 minit untuk teka, tipu boleh? Lantak ah. Peduli apa aku.
  • Hujung kelas pun ada aktiviti. Kena berlakon untuk proses Meiosis jadah tuh. Kelam-kabut campur ribut dibuatnya. Watak utama kitaorang adalah Encik Syafiq, Encik Zahiruddin, Encik Ameerul dan Encik Ridzuan. Err apa yang diaorang buat kat depan? Ada suara-suara sumbang halus yang aku dengar, "Dah macam gay." Haha >,< Tepat 10:30 PM, kelas Biology pun jumpa the end. Pheww lega boleh? Hehe apa lagi, supper time-lah. 
  • Malam kedua nih si Cik Siti Nurelida agak pasif. Kepenatan laa tuh. Tahu pula dia nak senyap kan. Kali ni kitaorang memekak, dia pula yang marah. Amboii, baru tahu betapa terganggunya mental kami malam semalam ya. Dia dengan Cik Puteri Natasha yang tidur paling awal. Nak tahu satu fakta? Aman tidur aku malam nih haha. Btw, semalamnya aku tidur dua katil dengan Cik Nur Anna jea, malam ni Cik Afiqah J pun nak tidur dua katil dengan kitaorang. Junior aku nih pusing sana pusing sini, last-last kena tunggu dia tidur baru aku boleh tidur *Ceyh haha ;D Ah belasahh. Untuk pertama kalinya, kitaorang tidur nyenyak dan lena. Alhamdulillah. Eh, dah end of our second day-lah! ;D

*Gambar-gambar akan disertakan pada post seterusnya.
Cik Min Sam, saya serious --'
To be continued...

No comments:

Post a Comment