Superman Logo Pointer

Penulis Skrip

My photo
Johor Bahru, Malaysia
Affy Azmi; 94-liners; UiTM Shah Alam; Hati tengah patah; Baru nak belajar menulis balik :)

Tuesday, April 12, 2011

Pengkhianat Cinta.

Sang pengkhianat,
dahulu kau berjanji bermacam-macam,
dahulu kau hulur harapan yang buat mata kelam,
dahulu kau tabur kata-kata yang kononnya paling dalam.

Sang pengkhianat,
ternyata kau bermulut manis,
buat hati bagai disihir magis,
tiada kau hari bakal bersulam tangis.

Sang pengkhianat,
bikin hati dia terus dirantai,
walau kata dan tindak meluka berangkai,
asalkan kasih si dia masih sampai.

Sang pengkhianat,
puas si dia berendam air mata,
menyembunyikan segalanya dari sedar nyata,
kerana teguhnya si dia mencinta.

Sang pengkhianat,
tidakkah kau rasa berdosa,
membiarkan harinya kelam dan siksa,
menggendong duka dan juga lara.

Sang pengkhianat,
dia pinta kau pulang semula,
seperti dahulu, seperti sediakala,
dia hanya mahu engkau dan dia melewati hari bersama.

Sang pengkhianat,
tolonglah, aku simpati melihat dia,
menanti sesuatu yang tak kunjung tiba,
sesuatu yang aku sendiri tersayat hiba.

Sang pengkhianat,
aku pinta,
jangan kau bunuh ia.

Pemerhati hidup,
AffyAzmi.

1 comment: