Superman Logo Pointer

Penulis Skrip

My photo
Johor Bahru, Malaysia
Affy Azmi; 94-liners; UiTM Shah Alam; Hati tengah patah; Baru nak belajar menulis balik :)

Wednesday, March 2, 2011

Kau mahu aku berkata?

Di suatu sudut,
aku kau mula berbicara.
Aku mula dengan ayat bersusila,
kau membalas aku terkesima.
Aku jadi lantang bersuara,
kau lancang membidasnya.
Wah, seenaknya bicara jadi begini.


Di sudut itu juga,
urat-urat menegang,
emosi mula berperang.
Kata meluka jua datang,
tak mahu berhenti walau dihalang.
Terus parah tanpa diundang.


Di sudut kita,
aku kau berselisih rasa,
silap menafsir rahsia di dada.
Semuanya mula menggila,
hilang waras akal manusia,
dihambur semua kata-kata.
Akhirnya ia menyesakkan jiwa.


Di sudut ini,
kau biar aku sendiri.
Aku berjalan berdikari,
mencari penyelesaian hakiki.
Menepuk dada menanya hati,
adakah perlu kita begini?


Di sudut sendirian,
hujungnya aku putuskan,
biarlah hati mengalah berterusan,
dari menanggung derita menyakitkan,
dibenci dienteng oleh kamu wahai pujaan.


Di sudut itu,
aku noktahkan,
perjalanan seorang insan,
yang penuh api baran.
Biarlah dia jadi penyimpan,
mendendami hanya mendiamkan.
Biarlah dia hilang perasaan,
andai itu yang dituntut diperlukan.


Walhal hati berbicara,
AffyAzmi.

No comments:

Post a Comment