Superman Logo Pointer

Penulis Skrip

My photo
Johor Bahru, Malaysia
Affy Azmi; 94-liners; UiTM Shah Alam; Hati tengah patah; Baru nak belajar menulis balik :)

Saturday, January 22, 2011

Angan dan sedar.

Ini bukan post pasal lagu Mawi dengan M. Nasir atau apa pun.
Ini bukan post untuk menyakitkan hati sesiapa pun.
Ini bukan post  untuk menang award mana-mana pun.
Ini bukan post untuk tandingi mana-mana penulis blog pun.
Tapi..
Hati sedang dilanda ribut taufan yang menggila.
Ah, bila dugaan sebegini muncullah aku mula jadi lemah, mula jadi amarah, mula jadi tak tentu arah.
Kenapa? Itulah persoalan yang aku rungsing untuk menemui jawapannya.
Hidup ibarat putaran roda, dan mungkin sekarang aku sudah berpusing ke bawah.
Tidak! Ini bukan roda tapi roller coaster yang sudah terkeluar dari landasannya!
Aku sebagai penumpang dah jatuh terhenyak, parah dan kehilangan banyak bank darah.
Aku perlu bangun sendiri, berjalan mencari hospital sendiri dan akhirnya sesat sendiri,
Adilkah?


KAU, aku minta kau mengerti apa yang aku suarakan.
Sumpah ini bukan main-main, sumpah aku sedang menanggung seksa menggunung.
Aku tak tegar, aku tak kuat, aku tak mampu apatah lagi mahu terus begini.
Katakanlah ini cuma angan igau yang datang berlalu, sedarkanlah aku kembali untuk menghadapi hari-hari mendatang dengan pelangi.


*Manusia sering akan berubah dan tidak akan menyedarinya. Orang yang menyayanginya, yang sedar tentangnya, mungkin perlu berdepan 'maut' untuk buat dia tersedar semula.


6:10 PM, 22 Januari 2011, hati lelah :'(

No comments:

Post a Comment