Kita jelas tentang perasaan kita untuk satu sama lain. Tapi bila aku cuba ertikan makna kita kau tetap dengan jawapan kau.
"Aku minta maaf."
"Aku pun keliru."
"Aku pun tak tahu."
Kalau kau tak sedar kau hiris hati sedikit demi sedikit, hari demi hari. Hati aku tak pernah berubah untuk kau tapi kenapa hati kau pula sebaliknya? Bukan aku nak menuduh, tapi ini bukan sekali dua. Aku sendiri tak faham kenapa hati aku masih degil tak mahu berganjak. Memang aku boleh terus macam ni, tapi sampai bila? Sampai bila aku nak teruskan sketsa 'unconditional love' aku ni bersendirian?
Kaulah orang yang paling membahagiakan aku.
Tapi kau jugalah yang paling menyakitkan aku.
No comments:
Post a Comment