Tidak kira pada waktu aku kesakitan, aku mengantuk, aku kelaparan, aku sibuk, aku tertekan, aku bermasalah, aku sedang marah, aku ketakutan, aku lena tidur atau dalam apa jua keadaan sekalipun,
tetapi jika kau perlukan kehadiran aku, aku akan tetap setia disitu. Aku tetap tidak akan berganjak, meminjamkan telinga, memberikan bahu malahan menggadaikan masa yang aku ada hanya untuk menenangkan hati dan jiwa kau yang sedang bergelora sehinggalah ia benar-benar tenang semula. Aku tidak pernah berkira tentang segala perihal jika ianya berbaloi hanya untuk melihat kau tersenyum.
Namun,
di saat aku memerlukan sokongan kau,
tidak banyak, hanya secebis sahaja, pun aku terpaksa mengemis.
Sehingga hati berdarah, luka kesakitan. Hati patah seribu.
Aku menangis teresak-esak kerana kau, ini yang kau mahu?
Terima kasih sayang </3
No comments:
Post a Comment