Superman Logo Pointer

Penulis Skrip

My photo
Johor Bahru, Malaysia
Affy Azmi; 94-liners; UiTM Shah Alam; Hati tengah patah; Baru nak belajar menulis balik :)

Friday, August 19, 2011

7 Cara 'Survive' Kekasih Hati Curang/ Break-up.

Well, kali ni entry saya berkaitan dengan cara-cara untuk 'survive' dan bangkit kembali selepas dicurangi, ditipu atau punn dibohongi oleh orang yang kita sayang bagai nak rak dan sepenuh jiwa raga. Senarai ini mungkin juga sesuai untuk anda yang baru saja break-up. Cara-cara ini saya list-kan selepas melakukan sedikit pemerhatian dan kajian. Malahan, ini mungkin juga berdasarkan pengalaman saya yang lepas? #Wakaka >,< Cara-cara ini bukanlah saya jamin dan guarantee berkesan 100%. Tapi, kalau kita tak berusaha, macam mana nak nampak bayang 'survive', yea dop? Senarai ini hanyalah TOP 7:

1. Menangis sepuas-puasnya.
Menangis ini merupakan peringkat pertama dalam cubaan untuk 'survive' kekasih curang. Pada awal anda dapat tahu yang kecurangan dia itu sahih, keluarkanlah airmata anda sepuas hati. Biar kering tangki airmata pun tak apa. Yang penting, segala beban, kejutan, ke-tidak-percaya-an dan kesakitan dapat diluahkan semaksimum yang mungkin. Jangan tahan kerana risiko untuk anda menanggung kesakitan itu dalam long-term adalah sangat tinggi. Tapi awas! Janganlah sampai membuatkan biji mata anda yang comel itu jadi buta. Takkan nak end up jadi macam Kassim Selamat pula?

2. Menjerit pada tahap desibel yang paling tinggi.
Yang ini pula merupakan choice yang kedua. Kalau anda jenis hati batu yang tak boleh nak alirkan airmata, manfaatkan anak tekak anda dengan melepaskan jeritan pada tahap bacaan desibel yang ter-maksima. Pergilah jerit di kaki-kaki bukit, di padang-padang bola, di pinggir Laut China Selatan atau di mana-mana kawasan lapang di dunia. Paling mudah, masuk bilik anda, hempas pintu, ambil bantal, tekup muka dan kemudian... jerit! Jeritlah selama mana yang anda mahu. Satu jam? Dua jam? Ikut suka hati. Cara ini mungkin berkesan untuk melepaskan amarah dan kegeraman yang terbuku di hati.

3. Bercakap dengan seseorang.
Bila dah dicurangi, tak mungkin kita mampu tahan kekecewaan tu sorang-sorang kan? Jadi, carilah seseorang untuk anda pinjam telinganya. Waktu ini, kawan-kawanlah tempat paling hampir untuk kita mengadu damba. Setelah puas memenatkan mata dan anak tekak sendiri, kali ini giliran telinga member-member andalah untuk dipenatkan dengan cerita sadis dan harapan anda yang punah itu. Manfaatkan sepenuhnya ruang yang ada untuk meluahkan segala apa yang terpendam di dasar lubuk hati anda. Nak kutuk bekas kekasih hati anda? Nak cakap yang diri anda bodoh? Nak gelakkan diri anda? Silakan.

4. Buang semua text, gambar etc si curang itu.
Adatlah waktu hangat bercinta, hari-hari tak berhenti texting each other. So, tak hairanlah kalau inbox anda dipenuhi dengan ayat-ayat manja yang dihantar oleh beliau. Tak kiralah inbox phone canggih anda kea, inbox akaun Facebook anda kea atau pun inbox dalam kotak tuh #Haha. Kemudian, memori kad telefon bimbit anda yang berkapasiti 8GB itu mungkin saja penuh dengan gambar-gambar dan potret-potret si dia. Yang posing dengan shades-nyalah, yang posing ala-ala manjanyalah, yang posing kunun-kunun nak tunjuk badan dia yang berketul-ketul tu lah dan juga sebagainya.Ketika ini, options 'DELETE' yang disediakan oleh pihak vendor amat-amatlah berguna. Sayang nak buang? Haih biasalah tuu. Lagipun orang-orang tua pun ada cakap, barang yang lepas janganlah dikenang.

5. Makan dengan banyak.
Sudah, lupakan kata-kata mandi tak basah, makan tak kenyang itu. Lapuk sudah bhaii. Ketika kekecewaan melanda, janganlah nak gegedik berkurung dalam bilik. Bila mak panggil makan, cakap tak ada seleralah, dah kenyanglah, itulah, inilah. Pada waktu ini, saya suggest-kan anda makan lebih sikit daripada kebiasaan. Tapi janganlah melampau sangat sampai masuk hospital sebab kekenyangan tak berhad. Dan janganlah pula merisikokan diri terhadap penyakit obesiti. Cukuplah makan sekadar untuk mengisi waktu anda dengan mengunyah. Makan coklat Cadbury satu bar besar, makan aiskrim Wall's semangkuk, tak pun order ayam panggang seekor. Cara ini agak berkesan untuk saya, tak tahu pula dengan anda?

6. Sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti.
Ketika heart-broken masih di tahap awal, kehadiran ahli keluarga dan teman-teman teramatlah diperlukan. Gunakanlah kehadiran mereka untuk anda melakukan pelbagai aktiviti. Yang paling penting, aktiviti-aktiviti tersebut dapat memenuhkan schedule anda daripada kosong dan dipenuhi dengan termenung sendirian. Buatlah apa pun, pergi shopping, lepak dengan member-member, bersukan, beriadah dan paling tidak pun tidur! Sibukkan diri anda dengan orang ramai dan kerja. Berkawanlah dengan semua jenis orang. Ini untuk mengelakkan anda daripada terus-terusan mengenang nasib yang tak seberapa tu. Yang ter-penting, sentiasa senyum dan bergelak ketawa. Pada peringkat awal, memanglah ia akan kelihatan fake. Tetapi seiring dengan peredaran waktu, anda akan dapat melakukannya dengan ikhlas.

7. Tuhan, Dia tidak pernah tinggalkan kita.
Manusia biasa, tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kebatilan. Mungkin dugaan yang menimpa anda ini adalah jalan Tuhan untuk menyedarkan anda daripada kealpaan yang berpanjangan. Percayalah, setiap dugaan yang datang merupakan takdir yang telah Tuhan rencanakan untuk kita. Setiap manusia inginkan yang terbaik untuk dirinya. Tetapi bila apa yang kita inginkan tu tak menjadi milik kita, maknanya itu bukanlah yang terbaik buat kita. Jika sebelum ini kita leka dan lalai, waktu inilah waktu untuk kita kembali kepada Yang Esa. Sujud, berdoa dan mohon kekuatan. Yakinlah, Tuhan tidak pernah meninggalkan kita.

Dan akhirnya, live up your life babe!


No comments:

Post a Comment