Kehadapan kesayangan ku sekalian,
Kadangkala aku tidak dapat duga keputusan hidup aku. Bukan aku mencuba khianat atau berpaling tadah. Tapi, ada sudut dalam hati aku yang tak pernah aku tunjuk. Aku sayang semua, semua yang tak jemu temani hidup aku. Namun, ada satu orang yang belum mampu aku buang jauh. Aku perlu dia, aku perlu semua. Mungkin sahaja jodoh aku dengan dia masih panjang. Dia tak jahat, tapi aku. Jangan salahkan dia sahaja, tapi salahkan aku. Apa yang berlaku bersebab dan berhikmah. Aku tak pernah rancang semua ini. Mahu terus pandang serong pada aku, teruskan. Kau cakap soal kepercayaan, tapi tolong jangan inferens di belakang aku. Datang pada aku, jangan konklusikan sendiri. Aku punya alasan sendiri mengapa ini terjadi mendadak tiba. Aku tak minta kau percaya, tapi sumpah aku bukan cuba mengkhianati. Aku bukan jenis bermain sumpah. Silap aku juga, tidak memperjelaskan situasi sebenar sebelum menyusun kata putus. Sekali lagi,
AKU BUKAN SEPERTI YANG KAU DAN MEREKA FIKIR.
AffyAzmi.
No comments:
Post a Comment