Superman Logo Pointer

Penulis Skrip

My photo
Johor Bahru, Malaysia
Affy Azmi; 94-liners; UiTM Shah Alam; Hati tengah patah; Baru nak belajar menulis balik :)

Monday, February 10, 2014

Sakit.

Kita jelas tentang perasaan kita untuk satu sama lain. Tapi bila aku cuba ertikan makna kita kau tetap dengan jawapan kau.

"Aku minta maaf."

"Aku pun keliru."

"Aku pun tak tahu."

Kalau kau tak sedar kau hiris hati sedikit demi sedikit, hari demi hari. Hati aku tak pernah berubah untuk kau tapi kenapa hati kau pula sebaliknya? Bukan aku nak menuduh, tapi ini bukan sekali dua. Aku sendiri tak faham kenapa hati aku masih degil tak mahu berganjak. Memang aku boleh terus macam ni, tapi sampai bila? Sampai bila aku nak teruskan sketsa 'unconditional love' aku ni bersendirian?

Kaulah orang yang paling membahagiakan aku.

Tapi kau jugalah yang paling menyakitkan aku.

Friday, December 6, 2013

Sigh.

"I was a chapter,
 when you were my whole book."

 - Sofa Biru, Nadhira Brundage.

Nak sangat kea?

Sumpah aku susah nak maki orang. Lagi-lagi kau. Tapi sekarang senang-senang jea aku buat dosa kering, sumpah seranah kau sana sini. Kau ni, tolonglah eh. Jangan sampai aku sebut pergi mam*** semua tu karang. Tu dah kira limit aku lah tu.

Ya Tuhan, kuatkanlah hamba-Mu ni.

Thursday, December 5, 2013

KAU.

Mana-mana aku pandang mesti aku masih nampak kau. Apa-apa lagu lama yang aku dengar mesti aku ingat kau. Susahnya nak padam kau dari arus hidup aku.

Barang-barang dalam simpanan aku sekarang, hampir 70% semuanya mesti ada kaitan dengan kau. Yelah, waktu kau masih sayang aku, melimpah ruah kau hamburkan duit kau untuk aku.

Sayang *masih boleh panggil macamni kea?*, kalaulah kau boleh nampak betapa serabut dan kelam-kelibutnya aku sekarang, mungkin kau akan ambil aku balik kan? Kalaulah, kalau jea.

Aku ada pilihan, nangis separuh mati depan kau, gerenti kau kalah, kau terima aku semula. Tapi, untuk kali yang ke berapa aku kena gadaikan maruah aku? Balik-balik kau yang tinggal aku lagi. Sampai aku rasa aku ni macam pengemis dalam hidup kau.

Ada kata-kata bijak yang kononnya mengatakan,

"If you love someone, let them go. 
If they come back, they are meant for you."

"If you does matter to someone, 
they'll make the effort to stay in your life."

Aku masih dalam percubaan untuk realisasikan yang pertama tu. Tapi yang kedua, jelas-jelas kena datang dari kau kan? Cuma aku rasa kau dah cukup bosan dengan aku untuk kau cuba buat sekali pun.

Weh, separuh dari aku mungkin dah mampu benci kau, tapi perasaan sayang tetap menang. Dan aku rasa nak tikam-tikam diri aku sebab tu.

Ini bodoh, tapi aku rasa aku masih tunggu kau :'(

Wednesday, December 4, 2013

Miracles In December.


EXO's Miracles In December,
this song reminds me of you.
Patahnya hati wa ni wehh.
Darn it.

Mati aku, bukan kau.

Susah untuk lepaskan apa yang dah lama aku jaga, aku sayang, aku peduli dan aku perlu. Sesak nafas yang aku rasa, sumpah hanya Tuhan yang tahu. I never see this coming. Aku benci diri aku sekarang, aku benci apa yang dah berlalu, aku benci memori yang masih berputar. Sampai ada waktu aku rasa aku hidup kerana ajal aku belum tiba sahaja. May God have mercy. Aku hilang arah, aku tahu aku perlu cari jalan kembali. Tapi aku masih di awang-awangan. Airmata aku dah kering, tapi hati masih berdarah. Aku keliru, aku tak tahu apa yang aku perlu buat. Aku masih rindu kau, kita. Stupid me. Please, I'm stuck between moving on and staying here.



Teringat blog yang dah bersawang gila bapak nih.
Mungkin dah sampai aku mula menulis semula.
Well, I've lost my muse. That's the painful truth. 
But I need to try every possibilities right?

Friday, July 19, 2013

K-Pop