Superman Logo Pointer

Penulis Skrip

My photo
Johor Bahru, Malaysia
Affy Azmi; 94-liners; UiTM Shah Alam; Hati tengah patah; Baru nak belajar menulis balik :)

Friday, January 6, 2012

Ada apa dengan 'kerja'?

Haha budak umur 18 tahun nak cerita pasal kerjalahh xD
Tapi secara seriusnya, inilah hasil pemerhatian aku yakni seorang remaja lepasan SPM
tentang kelebihan bekerja setelah puas melalui alam tak-reti-nak-serius ;D

1. Belajar cari duit sendiri
Selama-lama ni asyik duk minta duit mak bapak jeaa. Bak kata orang, menghabiskan beras kat rumah tuh. Nak pergi sekolah minta duit, nak pergi kedai minta duit, nak pergi shopping minta duit, nak dating pun minta duit? Haha yang pasti bila dah bekerja, kita akan belajar menghargai setiap sen yang kita ada. Kita juga akan faham susah payah dan perih jerih dalam mencari duit ni. Lepas ni, takdalah kita biar duit tu mengalir macam air paip jea kan?

2. Belajar untuk jadi lebih amanah
Tang ni untuk mereka yang kerja makan gajilahh. Untuk mereka-mereka yang bapak atau maknya bos tuu, wallahualam-lah hee. Dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan, kita pasti diamanahkan untuk mengerjakan sesuatu. Tak kiralah basuh kuali kea, sapu sampah kea atau apa sekalipun, orang atasan kita sudah semestinya meletakkan kepercayaan kepada kita untuk melakukan pekerjaan itu. Kepercayaan itu kan amanah. Jadi, sedikit sebanyak kita akan belajar untuk menjadi orang yang teguh pada amanahnya, tak gitu? Ecehh >,<

3. Belajar untuk jadi lebih dewasa dan matang
Bila dah bekerja ni, kita bukan setakat bergaul dengan orang yang dalam lingkungan sebaya dengan kita, tetapi juga dengan mereka yang mungkin jauh lebih tua daripada kita. Daripada situasi itu, secara tak langsung kita akan belajar lebih banyak perkara baru dan serius dalam sesuatu hal. Oleh itu, takdalah kita nak bermanja-manja atau menggedik-gedik sakan macam budak baru berpisah dari botol susu kan? Mereka yang ada dalam legar kawasan pekerjaan kita akan mempengaruhi kita untuk menjadi lebih dewasa. #Cehh dewasa sangatlah aku sekarang kann ;p

4. Belajar untuk bersabar
Waktu bekerja memang ada kalanya membuatkan kita stress dan huru-hara. Tapi bila dikenangkan semua tu, ia sebenarnya dapat menyemai sikap sabar dalam diri kita. Yelah, sabar dalam menghadap kerenah bos, sabar berdepan ragam kawan-kawan sekerja dan yang paling tak tertahan, sabar menunggu hujung bulan #Alahaii, gajilah tu --'


5. Memanfaatkan masa daripada terbuang
Almaklumlahh, lepasan SPM. Dalam duk menunggu result keluar tu, sumpah terasa macam ada 3-4 tahun lagi. Jauhnyaa tarikh tu. So, daripada biar waktu lapang tu terbuang macam hingus, baik dimanfaatkan untuk cari duit poket sendiri. Takdalah kita menghabiskan harta mak bapak jea kan. Kau ingat 24 jam kau kat rumah tu, mak bapak kau tak jemu tengok muka kau? Haha just kiddin'.

6. Memperluaskan pergaulan dan sosial
Sosial di atas bukanlah bermaksud sosial yang so-sial tuhh. Tetapi peringkat pergaulan sehari-harian kita. Melalui kerja, kita akan mengenali lebih banyak jenis manusia yang bermacam-macam jenis ragam. Bukan kea seronok bila dapat berkenalan dengan ramai orang baru dalam hidup ni? Takdalah hidup tu macam katak kat bawah tempurung jeaa hoho.

7. Mengerti erti manghargai dan dihargai
Uhuks-uhuks, I love number 7 aww. Di sini aku cuma nak tekankan, yang alam pekerjaan tu sebenarnya menyeronokkan. Cuma kena pandai buat dia adjustable dengan kita. Dalam tak sedar, sepanjang kita bekerja tu, kita akan jadi seorang manusia yang lebih tahu menghargai seseorang mahupun sesuatu. Menghargai ibu bapa, menghargai keluarga, menghargai wang ringgit, menghargai detik waktu dan mungkin juga menghargai pengarang jantung uhuk-uhuk. Dan yang peling penting, berterima kasih kepada Allah SWT.

#Konklusinya disini, coretan aku ni sekadar suka-suka. Saja nak berkongsi perasaan aku sejak bekerja ni. Aku sedar aku baru 18 tahunn ;p Yeah, I love Allah, I love my parents, I love my money, I love *you and I love my job!



No comments:

Post a Comment