Superman Logo Pointer

Penulis Skrip

My photo
Johor Bahru, Malaysia
Affy Azmi; 94-liners; UiTM Shah Alam; Hati tengah patah; Baru nak belajar menulis balik :)

Friday, July 15, 2011

#Diari Seorang Bekas Kekasih

"Diari,
aku tak tahu apa yang sedang aku lalui lewat ini.
Menghadapi hari-hari dengan gelak tawa, senyum sengih.
Aku bahagia, gembira dengan wujudnya watak-watak yang tidak jemu menemani aku.
Dan aku sangka inilah kehidupan aku untuk babak yang seterusnya dan seterusnya.
Setelah penat lelah aku cuba membuang sejarah dan memori yang membunuh sosialis aku.
Tetapi panas tak sampai ke petang, bantal yang disorong telah ditarik balik.
Kekasih lama tiba-tiba menangkap kembali singkap mata aku.
Kemudian mencuri semula perhatian yang cuba aku simpan penuh hipokrit.

Dia tidak lagi aku cinta.
Ya, sementelah aku tahu dia sudah berpengganti dan konon-kononnya bahagia di seberang sana.
Mengapa perlu aku bersusah perih memikirkan dia lagi bukan?
Namun kebelakangan yang lalu, dia mengatur langkah pulang ke dalam hidup aku.
Aku hanya membisu, meraba dan menduga rentak hati aku, dan semestinya dia.
Dapat aku telah, dia tidak sebahagia yang dicanang.
Almaklumlah, ayam bertelur sebiji tetapi riuh sekampung, kalah dentum guruh di langit.

Bekas kekasih ini cuba mendengar, memahami, rintihan bekas kekasihnya.
Rintihan tentang kekasihnya yang dibangga-bangga, yang disanjung-sanjung.
Rupanya kekasih bekas kekasihnya itu tidaklah segah mana.
Dengan beraninya aku simpulkan, dia dayus.
Huh, dahsyat sungguh melampau karya drama pentas ini.

Hati aku sayu melihat engkau memendam seribu satu perasaan.
Namun, apalah daya kudrat tulang empat keratku ini?
Ikutkan hati, ingin saja aku menjemput kau pulang.
Kembali membawa kau terbang, ke syurga kayangan.
Tapi mustahil dan tidak mungkin itu akan terjadi bukan?
Kerana aku hanya bekas kekasih, seperti yang engkau tegaskan padaku, wahai bekas kekasih."


*Adaptasi sebuah kisah,
yang diperhati dan diselami.
Simpati buat bekas kekasih itu.
Ya, untuk kedua-dua mereka.

AffyAzmi.

No comments:

Post a Comment