Superman Logo Pointer

Penulis Skrip

My photo
Johor Bahru, Malaysia
Affy Azmi; 94-liners; UiTM Shah Alam; Hati tengah patah; Baru nak belajar menulis balik :)

Friday, May 20, 2011

#Ceritera Cinta.

Nak dijadikan cerita, di sebuah negeri yang tak bernama, wujudnya sebuah bandar bernama 'Sempurna'. Ada seorang budak lurus bendul, pendiam, penakut, tidak ramai kawan tetapi cukup bijak yang tinggal di situ. Mari kita namakan dia F. Setiap hari rutin hariannya sama sahaja. Pergi sekolah, beratur di tapak perhimpunan, masuk kelas, buka buku, jawab soalan cikgu, makan di kantin, pulang ke rumah, buat kerja sekolah dan belajar belajar belajar.

Dia bukan tidak punya kawan. Ada, tetapi semua kawan-kawannya menganggap dia sukar untuk dibawa bersosial *dalam maksud baik* dan bergurau senda. Maka hiduplah dia dalam dunianya yang sunyi dan kesunyian itu. Bertahun lama dia hidup begitu, perihal hidupnya tiada siapa yang peduli. Mati hidupnya, sakit sihatnya, makan minumnya, serta segala-galanya. Ya, dia punya ibu bapa yang menjaganya dengan baik. Tetapi untuk seseorang yang telah berumur 14 tahun, semua itu masih dirasakan kurang *jangan tiru sikap tidak bersyukur ini*.

Maka bila dipendekkan karangan ini, pada suatu hari yang indah dan hening, F pergi bermain futsal bersama kawan-kawannya yang tidak seberapa kawan. Dia menyepak, dia menendang, dia terguling, dia terjatuh, dia terbaring dan tiba-tiba dia ter-perasan akan sesuatu. Bukan perasan yang biasa, malah bukan perasan yang perah santan itu, namun dia perasan bahawa dirinya sedang diperhatikan. Ditambah lagi bukan dengan pandangan yang biasa, tetapi pandangan yang menusuk jiwa pria yang kesunyian sepertinya. Pandangan oleh seorang gadis yang cun melecun, manis, molek dan punya senyuman yang menggoda.

Habis bermain futsal, dia pun menyusun langkah untuk pulang. Secara tiba-tiba, gadis tadi menyapanya, 'Hai'. Aww mendengar suaranya sahaja sudah cukup menggetarkan jiwa raga F. 'Saya M, awak?'. 'F'. Singkat perbualan itu, tetapi cukup bermakna buat sang pria. Mereka bertukar nombor telefon bimbit. Buat pertama kalinya, dan dalam seumur hidupnya, makan minumnya tak pernah kenyang, mandinya juga sudah tidak basah seperti dulu, tidur malam pun sudah  tidak senyenyak mana. Semua itu gara-gara dia sedang dilanda virus bernama 'angau'. Telefon bimbit yang selama ini sudah berhabuk juga sudah tidak mampu dibiar berjauhan darinya.

Perlahan-lahan si F dan M mula menyukai antara satu sama lain. Tetapi si F terlalu lambat untuk meluahkan perasaannya. Sehinggalah pada suatu hari, M menghantar suatu teks pesanan ringkas kepada F berbunyi, 'Sebenarnya, saya suka dekat awak :)'. Gatal? Oh tidakk. Itu namanya 'sweet'. Dipendekkan lagi, mereka akhirnya menjalinkan hubungan romantik secara rasminya setelah F menghadiahkan sebentuk cincin yang dibeli di sebuah pusat membeli-belah berdekatan rumahnya. Tidaklah semahal mana, namun bila hati dah suka, semuanya nampak indah dimata. Yang busuk pun dikatakan wangi. Alahaii, adat dunia percintaan. Tetapi rupa-rupanya M sudah punya pacar yang lain terlebih dahulu! F mengetahuinya, tetapi dia kata dia tidak peduli, bergelar kekasih gelap pun dia sanggup. M hanya tunduk, tersenyum bahagia.

Semakin hari, cinta F dan M makin mekar, walau tiada siapa pun yang tahu tentang hubungan mereka. M dan pacarnya pula semakin kerap bertengkar dan bertikam lidah. Hingga suatu hari dia sanggup mempamerkan kemesraannya bersama F di hadapan pria itu. Hancur luluh hatinya. Bila makin parah, dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Apa nak buat, orang dah tak mahu. Berhambus sajalah. Pada awalnya F rasa bersalah, tetapi M memujuk dan mengatakan bahawa itu semua adalah takdir. Cukuplah mereka menyayangi antara satu sama lain, bersandiwara pun mereka tegar. F mula dikuasai ketamakan. Dia mahu M menjadi miliknya seorang. Hatinya yang dulunya suci, mula dicemari nafsu dan haloba.

Malahan, teman baik M pun sanggup dijadikan musuh dalam selimut. Sedikit demi sedikit, F berjaya merenggangkan hubungan rapat M dan teman baiknya yang sudah dikenali bertahun sebelum kemunculan F. Sehinggalah mereka berjaya dilagakan gara-gara F. Akhirnya hubungan teman yang suci, bersih dan murni itu terputus. Teman menjadi musuh. Ketamakan pula menang. Percintaan F dan M semakin hebat. Sudah tiada apa yang boleh memisahkan mereka. F dengan mulut manisnya, cuba memberi kesempurnaan, mengotakan janjinya, menunaikan sumpahnya serta berpegang teguh dengan setianya. Ya, cintanya adalah cinta gila. Berhabis duit, bersengkang mata, berpatah riuk, jika demi M, berdepan maut pun dia sanggup.

M juga bermulut manis, tetapi serba tidak sempurna, berasal dari keluarga yang porak-peranda, cengeng, manja serta merupakan antara pelajar glamour di sekolah mereka. Siapa yang tidak bangga punya awek yang popular? Oh, naik saham F yang selama ini hanya duduk di bawah tempurung. Mereka berjanji setia, berikar akan bersama dalam apa jua keadaan. F mempercayai kata-kata M. 'Mana mungkin gadis sesuci M sanggup menipu aku,' bisik hati F tatkala menatap potret M dalam telefon bimbitnya.

Genap dua tahun bersama, mereka mengharungi segalanya, membesar together-gather. Bulan Mac pun tiba. Bulan meraikan ulang tahun M yang ke-tujuh belas. Tujuh belas bermaksud mereka akan menduduki Sijil Perasaan Membara. Oops, Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Ya, F masih setia, malah cuba meraikan hari jadi pengarang jantungnya itu dengan mengajaknya bersiar-siar serta makan makanan kegemaran M. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Sejak saat menginjak tujuh belas tahun, M mula berubah. Layanannya terhadap F makin dingin. Mereka sudah mula bertengkar. Soal nak makan apa pun boleh menjadi perang besar. F bingung. Mengapa? Kenapa? Apakah? Tragedi mula bermain di fikirannya yang mengusut itu.

Siang malam dia termenung memikirkan kekasihnya yang seorang itu. Suatu flashback muncul, beberapa hari sebelum hari lahir M tiba, dia sekali lagi ter-perasan ada seseorang yang memandang. Tetapi bukan gadis, seorang pria yang lain. Dan pria itu bukan memandangnya, tetapi memandang kekasih hatinya, M. Mereka bermain mata, melirik senyuman di wajah masing-masing. Pada awalnya F hanya berdiam. Namun, bila dikesan mungkin itu punca terhadap perubahan mendadak M, dia pun mula bersuara. M cuma berdiam, minta waktu untuk berjauhan. Lagi rungsing dan sedihlah hati F. Yang menyesakkan dada F, tatkala mereka bertemu berdua, walau untuk seketika, tidak henti-henti teks pesanan ringkas menerjah telefon bimbit kokak si M. Walhal dia di depan mata, siapa lagi yang tidak henti-henti ingin mengambil tahu soal keberadaan M?

Suatu hari, F berbual dengan temannya yang juga merupakan teman sekelas M *M duduk di kelas pertama, pandai, F pula hanya kelas kedua*. Saat itu temannya bercerita tentang M. 'Aku dengar dia dah couple dengan mamat tuh'. 'What the?!'. Guruh berdentum, bukan dilangit bumi, tetapi dilangit hati setianya. Betapa hancur hati seorang pencinta setia, pencinta yang menghadiahkan dunia percintaan yang sempurna buat pacarnya. Menambah luka, berita itu didengar dari mulut orang lain, bukan mulut manis si M. Tegar si M mencuranginya, menipunya, membohonginya. Dia kaku, rebah dalam dunia cinta yang akhirnya ternyata palsu.

Selama dua bulan dunianya gelap, pelajarannya entah ke mana. Nasibnya baik. Teman-teman setia berada di sisi. Ya, teman-teman yang diperolehi setelah sahamnya melonjak dahulu. Tetapi luka di hati tak pernah pudar. Apatah lagi bila melihat M berjalan berdua dengan pria perampas itu. F ada bersemuka dengan M, minta penjelasan, keterangan. M tidak menunjukkan rasa bersalah. Malah tidak mengucapkan maaf atas perilaku jahatnya itu. Airmata jantan F jatuh saat itu juga. Cinta hatinya sudah mencuranginya. Dipujuk pun tidak guna. Betapa dia sudah banyak berkorban selama mereka melayari onak cinta, tikaman menusuk kalbu pula yang diterimanya sebagai balasan.

Dia tekad untuk bangun. Dia tekad untuk melihat sejauh mana M boleh pergi tanpanya. Dua tahun bersama bukan tempoh yang singkat. Dia tekad untuk bersabar. Dendam di hati cuba dilupuskan. Tetapi kudrat manusia biasa tidak sekuat mana. Dia berdendam dalam diam. Tidak diketahui ke mana tuju dendam itu. Nama M masih belum luput dalam hatinya. Dia terfikir apakah ini balasan kerana rampasannya dahulu? Atau memang M jenis manusia yang tamak dan tidak tahu nilai setia? Jawapannya, entah.

No comments:

Post a Comment