Superman Logo Pointer

Penulis Skrip

My photo
Johor Bahru, Malaysia
Affy Azmi; 94-liners; UiTM Shah Alam; Hati tengah patah; Baru nak belajar menulis balik :)

Friday, March 4, 2011

Hujan Cinta.

Hujan lagi?
Lah, kenapaa?
Bukan semalam kata nak takung hujan-hujan tu dalam hati saja?


Memanglah.
Tapi.. awan dah berat sangat.
Tak larat nak bawa air yang terkumpul tu lama-lama.


Ish kau nii.
Jangan macam tu.
Mungkir janji pada diri sendiri lebih teruk dari mungkir janji pada kekasih.


Yakah?
Kenapa aku rasa lega bila aku lepaskan hujan-hujan tu depan dia?
Kenapa aku rasa hujan-hujan tu bawa pergi mendung aku?


Jangan begitu.
Kau tak ada ego?
Tak rasa tercabar?


Ah tipu aku kata tak ada.
Tahu tak aku rasa lemah sebab tersungkur depan dia?
Tapi cinta aku pada dia berjaya tewaskan ego aku, aku tak berdaya lawan.


Kau tak kental.
Kata saja kau gagah hebat.
Rupanya.. satu cubitan dari dia pun dah mampu menggoda kau.


Aku mengaku.
Dia maha melebihi aku.
Jiwa urat saraf aku, dia yang perintah.


Sampai bila mahu begitu?
Kau rela terus-terusan menjadi hamba dia?
Melutut, mengikut suruhan?


Aku rela.
Aku sanggup.
Kerna hujan aku ini, takkan melaut sepertimana cinta kasihku pada dia.


Kata orang yang mabuk cinta.
Memanglah begitu bunyinya.
Jangan kau menyesal pula di kemudian hari.


Aku percayakan dia.
Dia sudah hujani aku.
Biar aku menggigil demam, ubat penawarnya tetap dia.




Ini bukan aku,
AffyAzmi.

No comments:

Post a Comment