Superman Logo Pointer

Penulis Skrip

My photo
Johor Bahru, Malaysia
Affy Azmi; 94-liners; UiTM Shah Alam; Hati tengah patah; Baru nak belajar menulis balik :)

Monday, December 20, 2010

Hati mengadu

Mendadak aku hadapi yang paling aku tak mahu, perasaan bercampur baur. 
Melihatkan situasi yang tidak memihak kepadaku. 
Melihatkan situasi yang membuatkan aku berperang dengan perasaan sendiri.

Apa yang aku mahu?
Apa yang aku tamakkan?
Apa yang aku kejar?
Apa yang aku impikan?

Sungguh aku tak mahu menjadi manusia yang tamak.
Kalau dia tak mahu memberi, tak mungkin untuk aku memaksanya.
Sakitkan dia sama seperti sakitkan diri ini.
Lantas, aku hanya mengalah dan berdiam, membisu, memendam.

Itu mewujudkan sesuatu lagi yang aku tak mahu, dendam.
Mengapa terlalu sukar untuk semuanya berjalan seperti yang aku idam?
Sungguh aku tak mengerti. 

No comments:

Post a Comment